Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Bersyukur Pelukis Tunai Hajat Lukis Gambar Arwah Suami Pada Kereta

Lukisan imej ‘brush atau ‘air brush’ bukan lagi seni yang asing di Malaysia malah dipercayai menjadi kegilaan ramai generasi muda. Ia adalah satu seni moden yang mampu mempamerkan imej sisi dan ilustrasi yang begitu luar biasa.

Imej brush memaparkan gambar seperti flora dan fauna, kartun serta corak dan dimensi yang boleh digunakan bagi menghiasi barangan tertentu seperti topi keledar, kereta, dan motosikal.

Tular di Facebook, seorang pelukis Mohd Rozamil Mohd Yatin, 40, atau lebih dikenali sebagai Zameer Pentbrush menunaikan hajat seorang ibu tunggal Barkis Azeme, 46, untuk melakar gambar arwah suaminya pada sebuah kereta bagi mengubat rindu yang tidak berpenghujung.

Pelukis tunai hajat lukis gambar arwah suami

Pelukis tunai hajat

Foto: Zameer Pentbrush

“Tengah baca komen terpandang komen kakak ni yang mana katanya nak kumpul duit dengan anak-anak nak lukis muka bapanya pada kereta.
“Saya pun tak kenal dan tak tahu apa latar belakang dia, tapi lihat pada komen keluarga ini macam teramat sayang kat arwah. Ada satu perasaan lain macam bila baca komen kakak ini.
“Terdetiklah dalam hati, mungkin dengan lukis gambar arwah dapat melepaskan hajat dan menggembirakan mereka sekeluarga. Jadi pasukan kami sepakat untuk menunaikan hajat mereka secara percuma sahaja.
“Mungkin benda ni tak besar mana bagi kita tapi sangat besar maknanya bagi mereka yangg rindunya tidak berpenghujung,” tulis Rozamil baru-baru ini.
Pelukis tunai hajat
Dalam pada itu, Rozamil memberitahu lukisan itu dibuat secara percuma biarpun terpaksa bergerak dari Terengganu ke Pulau Pinang dan berharap orang ramai dapat mendoakan perniagaan mereka bertambah maju.
“Dari Terengganu kami sampai di Pulau Pinang semalam untuk memahatkan gambar arwah pada kereta ini.
“Jadi harap kakak sekeluarga terimalah seadanya contengan ikhlas daripada pasukan kami yang tak seberapa ini.
Kami cuba sehabis baik untuk tunaikan hajat kakak sekeluarga. Kami tidak harapkan balasan atau wang tunai, cukuplah doakan kami terus istiqamah dan maju di masa hadapan,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi TikTok Barkis, dia meluahkan rasa syukur dan meminta orang ramai tidak berasa cemburu atas rezeki yang diterima dan menegaskan dirinya hanya menumpang rezeki yang diberikan Tuhan buat anak-anak sahaja.
Pelukis tunai hajat
Sumber: Facebook Zameer Pentbrush, TikTok k155h1m_96

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd