Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ismail Sabri Tak Hasrat Cabar Permohonan SPRM Lucut Hak Wang Lebih RM169 Juta

Mahkamah Sesyen pada Isnin dimaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat membantah permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai berjumlah lebih RM169 juta yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tak hasrat cabar permohonan SPRM lucut hak wang

lucut hak wang

Menurut laporan Bernama, perkara itu dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Menurut Mahadi, kedua-dua responden melalui peguam mereka telah menyampaikan pendirian tersebut menerusi sepucuk surat bertarikh 28 Ogos lalu kepada pihak mahkamah.

Pihak kami memohon supaya satu warta pihak ketiga di bawah Seksyen 41(2) Akta SPRM 2009 dikeluarkan untuk permohonan ini dan kami akan cuba untuk menyegerakan proses tersebut,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili kedua-dua responden mengesahkan isi kandungan surat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, Hakim Suzana membenarkan permohonan pendakwaan untuk mewartakan notis kepada mana-mana pihak ketiga yang mendakwa mempunyai kepentingan terhadap wang berkenaan, sebelum menetapkan 1 Oktober depan sebagai tarikh sebutan seterusnya.

“Saya benarkan warta dikeluarkan kepada pihak ketiga sekiranya pihak berkenaan ada kepentingan terhadap harta-harta yang disenaraikan. Saya kekalkan tarikh bicara (untuk pihak ketiga hadir di mahkamah) pada 1 Oktober depan,” ujarnya.

Amer Hamzah turut memohon agar kehadiran anak guamnya dikecualikan pada prosiding akan datang selain permohonan itu tidak dibantah pihak pendakwaan.

Hakim Suzana Hussin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mungkin mempunyai kepentingan terhadap wang berjumlah lebih RM169 juta itu, dengan tarikh sebutan baharu ditetapkan pada 1 Oktober depan.

Artikel lain: RM177 Juta Disita Siasatan Kes Ismail Sabri, Terbesar Tiga Bulan Pertama Tahun Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahadi ketika dihubungi Bernama menjelaskan, sekiranya tiada pihak ketiga tampil pada tarikh tersebut, wang berkenaan akan dilucut hak dan diserahkan kepada kerajaan.

Terdahulu, pada 7 Julai lalu, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai pelbagai mata wang asing yang disita daripada Mohammad Anuar, namun didakwa milik Ismail Sabri.

lucut hak wang

Jumlah keseluruhan wang berkenaan mencecah lebih RM169 juta, termasuk RM14.77 juta; SG$6.13 juta; AS$1.46 juta; CHF3 juta; EUR12.16 juta; JPY363 juta; GBP50,250; NZ$44,600; AED34.75 juta dan AUD352,850.

Permohonan itu dibuat di bawah Seksyen 41(1) Akta SPRM 2009 selepas pihak berkuasa berpuas hati bahawa wang yang disimpan oleh Mohammad Anuar adalah milik Ismail Sabri dan mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah Seksyen 36(2) akta sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd