Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Makcik Cina Gigih Naik Tangga, Hulur Duit Masuk Tabung Masjid

Tular di media sosial seorang makcik berbangsa Cina yang sanggup datang ke masjid untuk memberikan sedekah menerusi tabung masjid walaupun dipercayai bukan beragama Islam.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Mohammad Saad Abdullah telah memuat naik sekeping gambar memaparkan makcik tersebut yang sedang menuruni tangga Masjid Al-Ansar di Singapura.

Makcik Cina gigih naik tangga demi hulur derma dalam tabung masjid

Tabung Masjid

Menurut Mohammad Saad, makcik itu telah datang ke masjid dan berhenti sebentar di tangga sebelum meneruskan perjalanannya perlahan-lahan.

“Seorang makcik wanita berbangsa Cina datang ke masjid dan berhenti sekejap di kaki tangga menuju ke pintu masuk. Dia kemudian memegang susur tangan dengan kuat dan mengambil langkah perlahan-lahan,” katanya.

Sebaik sahaja sampai ke atas, makcik itu mengeluarkan wang lalu memasukkannya ke dalam kotak kutipan yang diletakkan di hadapan tangga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto hiasan

“Akhirnya, selepas beberapa ketika dia sampai di atas tangga. Dia kemudian mengeluarkan wang sebanyak $10 (RM33) dan perlahan-lahan masukkan ke dalam tabung masjid.
“Wajahnya jadi lembut, ditambah dengan senyuman tenang, seolah-olah beban di hatinya telah diangkat,” ujarnya.

Ujar Mohammad Saad, perkara tersebut telah menyentuh hatinya dan percaya bahawa tindakan seperti makcik itu tampilkan mampu merapatkan jurang perbezaan dalam masyarakat.

Artikel lain: Pelajar USIM Cipta Sejarah, Terpilih Jadi Imam Terawih Di Masjid New Zealand

“Walaupun mungkin dia tidak berkongsi kepercayaan sama dengan individu-individu yang selalu datang ke masjid, tindakannya itu melangkaui batas agama.

Makcik hulur derma dalam tabung masjid

“Ia adalah satu tanda belas kasihan, bukti kepada nilai sejagat seperti kemurahan hati dan empati. Tindakannya itu jadi peringatan tentang keindahan sifat kemanusiaan.
“Satu tindakan ikhlas mampu merapatkan jurang perbezaan dan menyentuh jiwa. Perjalanan makcik itu untuk menaiki tangga bukan sahaja tentang menderma, tapi ia juga jadi simbol mendalam tentang penyatuan, kebaikan dan semangat ihsan yang berkekalan,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kesyukuran atas tindakan makcik tersebut disamping turut mendoakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inilah keindahan sifat perikemanusiaan, semoga dia dirahmati

Terima kasih…

 

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Semoga dimurahkan rezeki

Ini dunia yang saya mahukan

Sebak bila baca cerita ni, semoga menjadi contoh kepada orang ramai….

Sumber: Facebook Mohammad Saad Abdullah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed tampil membuat laporan polis selepas mendakwa barangan kemas miliknya dicuri oleh beberapa individu tidak bertanggungjawab. Barang kemas...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd