Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

STPM 2023 Catat PNGK Nasional 2.84, Tertinggi Sejak Dilaksanakan – MPM

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) nasional tertinggi, iaitu 2.84 sejak peperiksaan tersebut dilaksanakan.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, pencapaian tersebut menunjukkan peningkatan 0.02 mata daripada 2.82 yang direkod, manakala 1,116 calon (2.7 peratus) dilaporkan meraih PNGK 4.00 yang mana berlaku penurunan seramai 68 calon berbanding 1,184 pada 2022.

Foto: Kosmo!

“Daripada 1,116 calon ini, seramai 803 calon atau 71.95 peratus daripadanya adalah dari kategori B40,” katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 10 peratus daripada calon STPM 2023 yang memperoleh PNGK 3.75 dan ke atas, manakala 44.82 peratus bagi PNGK 3.00 dan ke atas bagi pencapaian PNGK secara keseluruhannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: relevan.com.my

“Bagi PNGK 2.75 dan ke atas ialah 58.79 peratus dan PNGK 2.00 dan ke atas ialah 90.08 peratus, meningkat berbanding tahun 2022.
“Daripada 41,548 calon yang hadir, sebanyak 99.93 peratus atau 41,520 calon layak dianugerahkan Sijil STPM 2023, manakala hanya 0.07 peratus atau 28 calon sahaja tidak layak mendapat sijil ini,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd Ekhwan memaklumkan bahawa seramai 1,360 calon yang tidak hadir semasa peperiksaan adalah disebabkan beberapa faktor termasuk calon telah mendapat pekerjaan, menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau program lain, sakit atau meninggal dunia.

Foto: pendidikanmalaysia.my

Untuk makluman, semakan keputusan STPM 2023 boleh dibuat menerusi pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM/No. Kad Pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888 bermula 11.30 pagi ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd