Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siti Bainun Dipenjara, Peguam Rayu Mahkamah Pertimbang Saiz Badan & Tahap Kesihatan

Mahkamah perlu mempertimbangkan faktor saiz badan dan tahap kesihatan Siti Bainun Ahd Razali dalam menjatuhkan hukuman terhadap pengasas Rumah Bonda tersebut.

Menurut laporan Kosmo! perkara berkenaan dirayu peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf, selepas wanita berusia 31 tahun itu didapati bersalah atas pertuduhan mendera dan menganiaya remaja Sindrom Down bernama Bella.

Foto: Kosmo!

Merayu ganti dengan hukuman denda maksimum

“Mahkamah perlu mempertimbangkan hukuman dengan memberi hukuman denda maksimum dan tertuduh mampu melunaskan jika dikenakan pada jumlah maksimum,” katanya.

Malah ketika berhujah, pihak pembelaan juga memaklumkan bahawa tertuduh telah insaf selain kejadian ini adalah kesalahan pertamanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: BERNAMA

“Saya merayu, mahkamah pertimbangkan kecederaan yang dialami oleh Bella, hanya melibatkan kedua belah tangan dan seluruh badan yang terlibat merupakan parut yang telah sembuh.
“Ini menunjukkan Siti Bainun bukan insan yang kejam dan dia cuba baik mungkin untuk menjaga Bella. Jika hukuman pemenjaraan dikenakan terhadapnya, ia akan menjejaskan kesihatannya,” ujar Mohammad Farhan.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana pertuduhan terhadap Siti Bainun adalah serius.

Foto: Majoriti

“Hampir keseluruhan badan Bella, mengalami luka lecur dan terdapat beberapa parut yang mana ia akan kekal seumur hidupnya.
“Ia bukan sahaja mengundang kecederaan fizikal malah mahkamah perlu menjatuhi hukuman ke atas tertuduh kerana ia menjejaskan emosi mangsa,” katanya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun atas dua pertuduhan terbabit dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari hingga Jun 2021.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Nuzulsham Shamsuddin)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd