Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarjan Tentera Didakwa Atas Lima Pertuduhan Seksual Terhadap Remaja 13 Tahun

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas lima pertuduhan jenayah seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang didakwa berlaku awal Mei lalu.

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh Mohamad Zulfikar Ishak, 32, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh diwakili peguam SS Amritpal Singh.

Foto: Buletin TV3

Menurut pertuduhan pertama sehingga ketiga, Zulfikar didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun enam bulan serta melakukan dua perbuatan amang seksual fizikal terhadapnya.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh disyaki melakukan pengantunan terhadap mangsa, satu kesalahan di bawah Seksyen 12 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu bagi pertuduhan kelima, dia didakwa melanggar Seksyen 13 akta sama kerana bertemu dengan mangsa selepas melakukan pengantunan, dengan menjemput dan membawa mangsa keluar dari asrama menaiki kereta.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa berlaku dalam sebuah kereta Perodua Viva yang diparkir di kawasan pasar rasaya Cheng pada jam 1 tengah hari, 4 Mei lalu.

Foto: Kosmo!

Pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM90,000 dengan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dan dilarang mengganggu mangsa, keluarga mangsa serta saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, peguam bela merayu agar jumlah jaminan direndahkan atas alasan anak guamnya telah berkhidmat dalam angkatan tentera selama 10 tahun, tidak berisiko melarikan diri dan merupakan penanggung tunggal keluarga.

Selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan syarat tambahan seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes dijadualkan untuk sebutan semula pada 26 Jun depan.

Sumber: Buletin TV3

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd