Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rasionalisasi Subsidi Diesel Bukan Punca Kenaikan Kos Barangan Sektor Pembuatan – MOF

Langkah penyasaran rasionalisasi subsidi diesel bermula Jun lepas bukan penyebab utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan yang menyebabkan kejatuhan Indesk Pengurus Pembelian (PMI) pada Julai 2024, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Memetik laporan Sinar Harian, MOF berkata kejatuhan minimal yang direkodkan daripada 49.9 mata pada Jun 2024 kepada 49.7 mata pada Julai 2024 boleh berpunca daripada risiko ekonomi.

Rasionalisasi subsidi diesel bukan punca kenaikan kos barangan sektor pembuatan

Rasionalisasi Subsidi Diesel Bukan Punca Kenaikan Kos Barangan

Foto: Sinar Harian

Katanya, ini termasuk permintaan luar nikah yang lebih lemah, pengurangan aktiviti pembelian dan inventori oleh firma serta gangguan rantaian bekalan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan rekod PMI sektor pembuatan Malaysia bagi 2023 dan 2024, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023,” katanya.

Jawapan bertulis yang dimuatnaik di laman sesawang Parlimen ini menjawab pertanyaan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai respons kerajaan terhadap kejatuhan PMI di bawah paras neutral.

Katanya, rekod bacaan tertinggi PMI sektor pembuatan bagi 2024 dicatatkan pada tahap 50.2 mata pada Mei 2024 (2023: 48.8 mata pada Mac dan April) manakala bacaan terendah 48.4 mata pada Mac 2024 (2023: 46.5 mata pada Januari).

Artikel lain: Kes Buli UPNM: Lima Pegawai Kadet Diberhentikan, Diarah Bayar Ganti Rugi

Menjawab soalan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) berhubungn ancaman siber terhadap pelaksanaan e-invois, MOF berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan tadbir urus data berdasarkan piawaian industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi memastikan keselamatan data terpelihara, LHDN juga sentiasa komited mematuhi piawaian antarabangsa melalui pensijilan seperti Information Security Management System dan Business Continuity Management System serta piawaian lain yang berkaitan pengurusan dan keselamatan data.
“LHDN turut menjalankan Security Posture Assessment (SPA) secara berkala termasuklah bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan keselamatan sistem Mylnvois berada pada tahap tertinggi,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd