Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Profesor UM Didakwa Hantar Gambar Bogel Kepada Pelajar

Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor UM di universiti berkenaan.

Susulan laporan tersebut, pihak UM memaklumkan sedang menyiasat dakwaan seorang pensyarah yang berani menghantar gambar bogelnya kepada beberapa pelajar untuk melampiaskan nafsunya.

Profesor UM Sebar Gambar Bogel?

Profesor UM

Difahamkan, komitmen itu diberikan selepas mendapat kritikan daripada kumpulan pelajar dan feminisme berkaitan isu terbabit.

“UM mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kes yang dibangkitkan oleh Kelab Feminisme UM, yang turut dilaporkan oleh beberapa agensi media tempatan,” menurut UM dalam kenyataan.

Memetik laporan malaymail, pihak UM dilaporkan tidak dapat memberikan komen lanjut memandangkan kes ini telah dirujuk kepada pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini susulan kenyataan yang dibuat Kelab Feminisme UM (UMFC) yang menyeru UM menambah baik dasar antigangguan seksual selepas tularnya kejadian tersebut.

Foto: Instagram @feminismclub_um

Artikel lain: PM Cadang Jemaah Menteri Alumni UM Sumbang Dana Kepada UMEF

Difahamkan, kelab itu juga mendakwa terdapat rakan sejawat profesor terbabitu yang cuba melindungi tindakan tidak bermoral pelaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kelab terbabit turut mendakwa gambar berkenaan telah dicetak dan dipamer di sekitar kampus sebagai tanda amaran buat pelajar lain, namun sudah diturunkan tidak lama selepas itu.

Oleh sebab itu, Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) menggesa panel penyiasat dibentuk dengan segera bagi menyiasat kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang pensyarah dan pelajar di universiti berkenaan.

PKAUM dalam satu kenyataan menegaskan, siasatan tersebut perlu dilakukan dengan menyeluruh dan telus kerana gangguan terbabit melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pihak berwibawa yang diberikan amanah.

Sumber: malaymail, Instagram @feminismclub_um

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd