Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Tegaskan Perhimpunan Aman Di Hadapan Parlimen Tidak Wajar Dihalang – Fahmi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang bentuk perhimpunan aman di hadapan Bangunan Parlimen tidak wajar dihalang.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, berkata pendirian itu dizahirkan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, dengan penekanan supaya aspek keselamatan dan kelancaran lalu lintas diberi perhatian.

“Terdapat perbincangan mengenai cadangan menyediakan lokasi khusus bagi mana-mana pihak menyerahkan memorandum, contohnya di Padang Merbok.

“Namun, Perdana Menteri menegaskan perhimpunan di hadapan Parlimen tidak harus dihalang serta menolak cadangan pemindahan lokasi itu,” katanya pada sidang media mingguan di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata Perdana Menteri mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa meneliti beberapa penambahbaikan di kawasan Padang Merbok agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai.

“Perdana Menteri turut meminta pagar di sekitar Padang Merbok ditambah baik supaya ia lebih mesra pengguna dan boleh digunakan masyarakat dengan lebih selesa,” katanya.

Selasa lepas, media melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membuka pintu pagar Padang Merbok bagi membolehkan orang ramai memanfaatkannya sebagai ruang rekreasi bersama keluarga dan komuniti.

Zaliha berkata Padang Merbok yang mempunyai nilai sejarah wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti riadah rakyat, selaras dengan visi Bandar CHASE yang menekankan konsep Healthy City (bandar sihat).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Spotlight

Pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali mendedahkan pengalaman hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan bersama isteri Alyssa Daguise yang menurutnya penuh dengan cabaran dan sangat...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd