Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pulang Cuti Dari Thailand Bersama Teman Lelaki, Pelajar Tingkatan Enam Positif Bahan Terlarang

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam berusia 19 tahun dari Jitra ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah selepas didapati positif dadah ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam pada Isnin.

Menurut laporan Berita Harian, remaja berkenaan dipercayai pulang bercuti dari Dannok, Thailand, bersama teman lelakinya berusia 25 tahun yang bekerja di sebuah kilang, dengan menaiki motosikal.

Menurut pelajar itu, dia ke Thailand untuk mengisi cuti umum sambutan Hari Kebangsaan, namun didapati positif dadah sebaik tiba di pintu masuk negara pada awal pagi Isnin.

pelajar

Foto: BH

“Saya sebenarnya perlu hadir ke sekolah hari Isnin, tetapi ikut teman lelaki ke Dannok kerana bimbang dia bersama wanita lain.
“Saya ambil pil ekstasi hanya untuk berhibur, teman lelaki saya pun turut positif dadah,” katanya.

Pelajar tersebut yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini berkata, ibu bapanya mengetahui perjalanannya ke negara jiran, namun tidak menyedari penglibatannya dengan dadah.

Artikel lain: Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Didakwa Perkosa Rakan Perempuan Dalam Kelas Di Sekolah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam operasi sama, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun dari Pokok Sena turut ditahan bersama teman lelakinya selepas kedua-duanya disahkan positif dadah jenis ekstasi.

Wanita itu mengaku mengambil dadah ketika berhibur di Pekan Danok.

Pengarah AADK Kedah, Khairul Anwar Ahmad, berkata seramai 31 individu menjalani ujian saringan air kencing dalam Ops Merdeka 2025 yang dijalankan sejak jam 3 petang Ahad hingga 1 tengah hari Isnin.

“Hasil saringan mendapati 23 individu positif dadah melibatkan 21 lelaki dan dua wanita berusia 18 hingga 40 tahun.
“Kebanyakan mereka adalah pengguna kali pertama yang mengambil dadah di pusat hiburan untuk keseronokan,” ujarnya.
pelajar

Foto: Bernama

Beliau menjelaskan, operasi ini bertujuan membanteras penyalahgunaan dadah di pintu masuk sempadan negara, selain memperkukuh risikan serta mendapatkan profil berkaitan penagihan, pengedaran dan penyeludupan dadah.

Ops Merdeka 2025 menglibatkan seramai 15 anggota AADK bersama pasukan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua 23 individu ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang...

Spotlight

Bintang filem antarabangsa, Fan Bingbing berjanji akan terus mempromosikan Malaysia selepas menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan...

Lokal

Seorang wanita berusia 28 tahun nyaris maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di sebuah kediaman di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, Bayan Lepas sekitar...

Nasional

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa transformasi inovatif sistem bekalan elektrik adalah nadi utama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd