Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelajar Tingkatan Dua Maut, Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

Seorang pelajar perempuan tingkatan dua maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, George Town, petang semalam.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.57 petang daripada pegawai perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP).

Foto: Carian Google

“Siasatan polis di tempat kejadian dan pemeriksaan terhadap badan si mati mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dipercayai ditemui di tingkat bawah bangunan sekolah setinggi lapan tingkat itu sebelum pihak sekolah menelefon ambulans untuk tindakan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, mangsa turut meninggalkan sebuah nota yang meluahkan rasa tertekan ekoran tidak dapat menduduki tempat pertama.

phonto-14-scaled

Foto: MalaysiaGazette

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis akan melakukan siasatan lanjut.

Abdul Rozak menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan tidak menularkan gambar atau video berkaitan tempat kejadian bagi menghormati waris si mati.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis serta menularkan gambar, video lokasi kejadian bagi menghormati perasaan waris mangsa,” ujarnya.

Sumber: MalaysiaGazette

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd