Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Patut Contohi Najib, Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan – “Ini Berkaitan Integriti”

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi saran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan yang disandangnya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, selain melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN, Mohd Puad turut menyarankan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Presiden BERSATU.

Katanya, bekas perdana menteri itu yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut di Felda Perasu, Gua Musang pada 14 Ogos lalu tidak wajar menggunakan alasan belum dihukum bersalah untuk tidak berundur.

“Tidak payahlah guna alasan bahawa dia belum dihukum bersalah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Puad menjelaskan saranannya itu berkaitan dengan integriti susulan Muhyiddin yang terlibat dengan beberapa isu selain dakwaan kenyataan menghasut itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Puad saran Muhyiddin letak jawatan

Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan

Foto: Kosmo

“Ini berkaitan integriti. Dia didakwa rasuah kerana isu Jana Wibawa. Hari ini pula didakwa kerana isu 3R (raja, agama dan kaum). Menantunya belum menyerah diri dan BERSATU kalah teruk di Nenggiri,” ujarnya.

Katanya lagi, Muhyiddin sepatutnya mencontohi bekas presiden UMNO, Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Artikel lain: Majlis Ulama UMNO Kesal Sikap Abdul Hadi Berpolitik, Boleh Cetus Naratif Perpecahan 1980-an

“Najib letak jawatan bila Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum 14 (PRU14). Ketika itu dia belum didakwa pun.
“Tetapi kenapa dengan baggage yang berat masih mahu kekal jawatan? PAS bisu kerana masih keliru siapa dajal,” sindirnya.

Muhyiddin dihadapkan ke mahkamah dan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu 3R pada kempen pilihan raya kecil Nenggiri, bagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Puad Saran Muhyiddin Letak Jawatan

Foto: Sinar Harian

Muhyiddin mendakwa beliau mendapat sokongan 115 ahli Parlimen dalam bentuk akuan berkanun (SD), yang dikatakan mencukupi untuk dilantik sebagai perdana menteri, susulan keputusan pilihan raya umum ke -15 yang menyaksikan parlimen tergantung.

Dia mendakwa, bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak memanggilnya untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kenyataan itu dilihat sebagai mempertikai tugas dan kewibawaan Baginda sehingga menimbulkan kemarahan pihak istana Pahang, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Dr Mohd Puad Zarkashi

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Seorang pemuda tampil memohon maaf selepas didakwa memperlekeh guru, dengan mengatakan dirinya belum pernah melihat profesion tersebut menggunakan kereta mewah Lamborghini meskipun sering menekankan...

Lokal

Ketika ini sedang berlangsung musim istiadat konvokesyen di seluruh negara, iaitu saat yang dinanti-nantikan oleh ribuan graduan selepas bertahun-tahun berhempas pulas menamatkan pengajian. Namun,...

Lokal

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Mohamed Badruldin Mohamed, dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi pada Jumaat selepas mengaku bersalah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd