Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nilai Emas Olimpik Meningkat, Dua Penaja Tawar Habuan Lumayan Buat Atlet!

Atlet negara yang bakal beraksi di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 terima suntikan semangat apabila ditawarkan habuan bernilai RM2 juta keseluruhan sekiranya berjaya raih emas pertama negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendedahkan dua penaja akan memberikan tajaan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama di temasya terbesar dunia itu.

Difahamkan, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove akan memberikan sumbangan Top Residency, sebuah pembangunan mewah di Setia Alam menawarkan pangsapuri servis bernilai RM1 juta sebagai insentif istimewa.

Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami berharap insentif ini akan menjadi pemangkin kepada kepada atlet-atlet negara untuk mencapai kejayaan yang belum pernah dicapai sebelum ini, termasuk membawa pulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia.
“Inisiatif ini bukan sekadar ganjaran ‘material’, tetapi juga simbol sokongan korporat terhadap kecemerlangan sukan negara. Kami ingin menggalakkan masyarakat untuk menghargai gaya hidup aktif dan sihat, serta memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat untuk memberi impak positif kepada komuniti mereka,” katanya.

Manakala rangkaian kedai barangan elektrik, Senheng menawarkan wang tunai berjumlah RM 1 juta kepada tiga pemain badminton yang pernah beraksi dalam Program Bakat Badminton SS iaitu Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie jika berjaya bawa pulang pingat emas.

Encik Lim Kim Heng (Pengerusi Eksekutif Senheng)

“Saya sangat teruja untuk mengumumkan ikrar peribadi sebanyak RM1,000,000 wang tunai kepada pemain badminton Malaysia pertama dari Program Bakat Badminton SS untuk mencapai pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
“Ganjaran ini adalah mengulangi kepercayaan saya terhadap bakat dan dedikasi atlet kita yang telah muncul daripada program ini daripada sekumpulan 20 orang sejak 2012.
“Harapan saya agar insentif ini bukan sahaja dapat memotivasikan mereka untuk mencapai prestasi terbaik, tetapi juga dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan berkongsi tujuan untuk melakar kejayaan bersejarah buat Malaysia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hannah Yeoh menzahirkan ucapan terima kasih dan amat menghargai atas usaha sama antara kerajaan dan pihak swasta memainkan peranan yang sangat penting.

KBS mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat untuk tampil ke hadapan dalam usaha sama memajukan lagi industri sukan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, KBS memberitahu atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat pada Sukan Olimpik Paris 2024 akan menerima habuan lumayan berupa sebuah kenderaan utititi sukan (SUV) oleh jenama automotif dari China, Chery.

Malah, kerajaan turut menawarkan ganjaran RM1 juta buat atlet yang merangkul pingat emas di temasya yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd