Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Nestlé Malaysia Catat Untung Bersih RM112.1 juta, Kekal Momentum Pertumbuhan Kukuh

Nestlé Malaysia Catat Untung Bersih

Nestlé (Malaysia) Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM112.1 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025, menunjukkan pertumbuhan dua angka berbanding tempoh sama tahun lalu.

Syarikat turut merekodkan keuntungan sebelum cukai lebih tinggi berjumlah RM148.6 juta, manakala perolehan meningkat 9.5 peratus kepada RM1.67 bilion berbanding suku kedua 2024.

Dalam kenyataan hari ini, Nestlé Malaysia berkata pencapaian tersebut dipacu oleh momentum jualan kukuh merentasi pelbagai jenama, termasuk hasil kejayaan kempen Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Hari Raya yang dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

Nestlé Malaysia Catat Untung Bersih

Syarikat turut mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 70 sen sesaham, selaras dengan jumlah yang diumumkan tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols, berkata keputusan suku kedua mengukuhkan panduan pertumbuhan syarikat menjelang separuh pertama 2025.

“Dalam suasana ketidakstabilan pasaran dan persaingan sengit, kami terus melaksanakan pelan penjenamaan yang teguh meliputi semua saluran jualan.
“Kami tetap komited memenuhi kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama dan produk kami yang sentiasa halal serta dibanggakan kerana dihasilkan di Malaysia oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Selain jualan domestik, perniagaan eksport Nestlé Malaysia turut berkembang pesat, memperlihatkan daya saing antarabangsa syarikat sebagai hab pengeluaran halal terbesar Kumpulan Nestlé di seluruh dunia.

Sepanjang suku tahun dilaporkan, Nestlé Malaysia mengekalkan fokus terhadap kualiti, cita rasa dan khasiat pemakanan sebagai pemacu utama kecenderungan pengguna dalam pasaran yang sentiasa berubah.

Gabungan pengedaran meluas dan pelaksanaan komersial terbaik turut menyumbang kepada prestasi kukuh produk teras syarikat, disokong inovasi produk yang mendapat sambutan positif pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), Nestlé Malaysia memperkukuh komitmennya menerusi pelbagai inisiatif kelestarian termasuk kerjasama dengan organisasi Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

MoU yang ditandatangani antara kedua-dua pihak menekankan kepentingan pemerolehan secara bertanggungjawab sejajar piawaian antarabangsa.

Artikel lain: Lembaga Koko Malaysia- Nestlé Bekerjasama, Hasilkan Produk Daripada Biji Koko Borneo

Syarikat juga terus menyokong pemulihan industri koko tempatan, termasuk sasaran mendapatkan 10,000 tan koko tempatan menjelang 2034 seperti diumumkan dalam Pameran Koko Antarabangsa Malaysia 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menuju separuh kedua 2025, Aranols berkata syarikat kekal yakin terhadap keupayaannya memacu momentum pertumbuhan kukuh dan memulihkan keuntungan bagi suku-suku seterusnya.

“Kami sedar dan prihatin tentang ketidakpastian geopolitik yang mungkin memberi kesan terhadap persekitaran perniagaan di Malaysia.
“Namun begitu, kami bertekad memenuhi janji untuk terus membekalkan produk halal yang lazat dan berkhasiat, di bawah jenama kegemaran dan paling dipercayai di Malaysia,” katanya lagi.

Sumber: BH Online (Hazwan Faisal Mohamad)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd