Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Garis Panduan Umat Islam: MP DAP Mahu Jumpa Menteri Agama

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan baharu yang sedang dimuktamadkan oleh Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Syahredzan Johan berkata garis panduan tersebut akan memberi kesan kepada wakil rakyat Muslim yang dijemput ke acara yang dilangsungkan di rumah ibadat bukan Muslim.

MP DAP mahu jumpa menteri agama, bincang garis panduan umat Islam

MP DAP mahu jumpa menteri agama

Foto: New Straits Times

“Perkara ini akan menjejaskan wakil rakyat Muslim yang dijemput ke acara di rumah ibadat bukan Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
“Wakil rakyat Muslim yang menghadiri acara ini jelas bukan untuk beribadah, tetapi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada para pengundi,” katanya.

Susulan itu, Syahredzan berkata pihaknya akan menemui Mohd Na’im bagi mendapatkan maklum balas disamping memberikan pandangan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami akan mengadakan pertemuan dengan menteri untuk mendapatkan penjelasan serta memberikan pandangan kami mengenai perkara ini,” ujarnya.

Kenyataan MP DAP mahu jumpa menteri agama

Sebelum ini, Mohd Na’im dalam dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu memaklumkan bahawa JAKIM sedang memuktamadkan suatu garis panduan berkenaan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan orang selain Islam.

Artikel lain: Zakir Naik Berucap Di Perlis Selepas Dapat Kebenaran Mufti – Jawatankuasa Fatwa Negeri

Ia antara lain menyatakan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam, contohnya premis yang digunakan tidak boleh mempamerkan simbol keagamaan bukan Islam.

Disamping itu, pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jejaskan pelaksanaan tugas wakil rakyat Muslim, MP DAP mahu jumpa menteri agama

Foto: Utusan Malaysia

Garis Panduan Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Sambutan Perayaan Dan Upacara Kematian Orang Selain Islam Serta Kunjungan Dan Penganjuran Majlis Di Rumah Ibadat Selain Islam’ ini akan dimuktamadkan oleh muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, pada mesyuarat yang akan diadakan pada 25 hingga 27 Februari ini.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Mohd. Na’im menjelaskan, cadangan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam, masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti.

Sumber: Instagram Syahredzan Johan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Lokal

Pihak polis membuka satu kertas siasatan berhubung video yang tular di media sosial memperlihatkan program zumba yang tidak senonoh. Buka kertas siasatan Menurut Ketua...

Lokal

Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun yang maut dalam kemalangan tragis di Jalan Kulim–Mahang, petang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang...

Nasional

Pempengaruh media sosial perlu mengisytiharkan semua pendapatan, termasuk barangan percuma, hadiah atau manfaat yang diterima bagi tujuan penilaian atau promosi produk (review). Ia selaras...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd