Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MICT Dijangka Siap 2026, Tarik Tambahan 15.8 Juta Pelancong Menjelang 2036

Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) bernilai RM682 juta yang merupakan salah satu komponen utama di bawah projek Melaka Gateway di Pulau Melaka di sini, dijangka siap tahun 2026.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi projek terminal kapal persiar itu, Melaka dijangka menerima pertambahan sebanyak 15.8 juta pelancong, termasuk 10 juta pelancong asing dengan perbelanjaan sebanyak RM9 bilion, menjelang 2036.

Beliau berkata, MICT berupaya menampung kapasiti lebih tujuh juta pelancong setahun, dengan jumlah 1,500 kapal pesiar setahun.

MICT dijangka siap 2026

Artikel lain: Sektor Agrikomoditi Dijangka Sumbang RM80 Bilion KDNK, Nilai Eksport RM155 Bilion

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Projek terminal berkenaan dilihat dapat mengubah industri pelancongan Melaka daripada ekonomi hujung minggu kepada ekonomi 365 hari.
“Terminal tersebut juga dijangka menjadi sebuah jeti pesiar terbesar di Asia Tenggara, sekali gus menjadikan Melaka sebagai katalis sektor pelancongan selain menjadi hab perhentian kapal pesiar dari Singapura ke Phuket, Thailand,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Pengurusan dan Operasi Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka, antara Melaka International Cruise Terminal Sdn Bhd (MICTSB) dan Global Ports Holding PLC (GPH).

Majlis menandatangani Perjanjian kerjasama itu diwakili Pengerusi Eksekutif KAJ Development Sdn Bhd (KAJD), Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman bagi pihak MICTSB, manakala GPH diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Stephen Xuereb.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, jeti pesiar berkenaan mampu menampung dua kapal kelas oasis di dermaga luar, satu kapal kelas kuantum dan satu kapal pesiaran voyage of the sea di dermaga dalaman pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, beliau yakin GPH yang merupakan syarikat pengendali pelabuhan pesiar terbesar di dunia dapat mengurus, mempromosi dan mengendalikan terminal berkenaan secara lebih efisien dan sistematik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ab Rauf berkata, antara pelabuhan yang dikendalikan oleh GPH ialah di Caribbean, Mediterranean, rantau Asia Pasifik termasuk pelabuhan komersial di Montenegro.

“Kerajaan negeri juga akan memberi kerjasama yang baik kepada GPH bagi memastikan pembinaan projek terminal kapal persiar itu, dapat dilaksanakan tanpa sebarang halangan dan selesai menjelang 2026,” katanya.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Sosial

Tular sebuah rakaman insiden melibatkan dua pelajar Tingkatan 5 di sebuah kawasan perumahan di sini semalam apabila seorang remaja perempuan dilihat bertindak kasar terhadap...

Sosial

Tular di TikTok, majlis akad nikah pasangan bernama Farisya Azwin dan Aiman di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bulan lalu menjadi bualan hangat dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd