Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bersandarkan Keperluan, Menteri Pertahanan Perjelas Sewaan 28 Helikopter Dilakukan Teratur

Menteri Pertahanan Perjelas

Menteri Pertahanan perjelas perolehan menggunakan pendekatan sewaan bagi perkhidmatan 28 helikopter.

Menerusi kenyataan media hari ini, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkhidmatan sewaan helikopter kepada pelbagai agensi kerajaan adalah teratur dan bersandarkan keperluan.

Menteri Pertahanan Perjelas Sewaan 28 Helikopter

Katanya lagi, kelebihan pendekatan ini sudah beliau hujahkan ketika sesi penggulungan Belanjawan 2025 (Peringkat Dasar) yang lalu dan oleh Perdana Menteri semasa menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat pada 28 November 2024.

“Bagaimanapun, perkara ini akan turut diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Februari ini,” katanya dalam kenyataan.

Artikel lain: Menteri Pertahanan, Duta Kuwait Bincang Peroleh Jet Pejuang F/A-18 Legacy Hornet Milik KAF

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini Mohamed Khaled menerusi ucapan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 memaklumkan, sebanyak 28 helikopter akan disewa kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun.

Pajakan helikopter itu dibuat untuk beberapa agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan 12 buah akan digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); Polis Diraja Malaysia (PDRM) (7); Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) (2); Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) (2) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) (4).

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd