Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MATRADE Anjur Hari Eksport Kuala Lumpur 2024, Bantu Syarikat Promosi Produk Ke Pasaran Antarabangsa

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan Hari Eksport Kuala Lumpur (EDKL 2024) di Menara MATRADE Kuala Lumpur, bermula hari ini sehingga esok. 

Program tersebut dijangka akan menarik minat usahawan menceburi perniagaan eksport dan memperkasakan lebih banyak syarikat di Kuala Lumpur menjadi pengeksport.

EDKL 2024 bertujuan untuk membantu syarikat-syarikat di Kuala Lumpur terutamanya perusahaan kecil dan sederhana mendalami selok-belok mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran antarabangsa selain didedahkan dengan ketersediaan eksport dalam pengisian menarik yang dikongsikan.

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi penting dalam sektor eksport negara kerana hubungan eksport antara wilayah tersebut dengan rakan dagangan utama. 

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MATRADE ingin memperluaskan produk eksport utama, selain meningkatkan jumlah syarikat dalam daftar pengeksport Malaysia (MER) terutamanya  dari Kuala Lumpur bagi memperkukuhkan nilai dagangan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian EDKL 2024 di Menara MATRADE Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Mansor Shah Wahid mengumumkan 119 syarikat dari Kuala Lumpur telah menerima bantuan di bawah program khas MATRADE.

“MATRADE berharap Hari Eksport Kuala Lumpur 2024 dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan di kalangan usahawan di sini untuk untuk mempelbagaikan produk serta mula mengeksport ke luar negara,” ujarnya.

Antara produk eksport utama Malaysia dari Januari sehingga September 2024 adalah barangan elektrik dan elektronik (39.2%), keluaran petroleum (8.9%), minyak sawit & keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (5.0%), kimia & bahan kimia (5.0%) serta jentera, kelengkapan & peralatan (4.5%). 

Mansor berkata, 2,654 syarikat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berdaftar dengan MATRADE sehingga Oktober 2024, yang mencatat 18.34 peratus daripada 14,464 jumlah keseluruhan syarikat Malaysia yang berdaftar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

EDKL 2024 turut djayakan Affin Bank Berhad, Alibaba.com., Exim Bank Malaysia, FedEx Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) serta S&P Global Market Intelligence.

Program tersebut merupakan siri terakhir bagi Hari Eksport tahun 2024 dan akan diteruskan pada 2025 di negeri-negeri lain yang akan diumumkan nanti.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd