Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Malaysia Di Fasa MBD, Cuaca Panas Dijangka Berterusan Hingga September – METMalaysia

Monsun Barat Daya (MBD) menyebabkan Malaysia berdepan dengan cuaca panas namun ia bukanlah fenomena yang diluar jangka kerana keadaan itu merupakan perkara biasa yang setiap tahun berlaku.

Malaysia di fasa Monsun Barat Daya (MBD)

Malaysia di fasa Monsun Barat Daya (MBD)

Foto: Harapan Daily

MBD yang telah bermula pada 10 Mei lalu dijangka akan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Jabatan Metereologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, menjelaskan dalam tempoh berkenaan, keadaan cuaca di negara lebih kering ekoran kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

“Malaysia sedang berada dalam fasa MBD yang secara semula jadi membawa cuaca lebih kering, litupan awan yang kurang dan taburan hujan yang rendah.
“Keadaan ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari sampai ke permukaan bumi, sekali gus meningkatkan suhu harian.
“Justeru, negara akan menerima jumlah hujan yang sedikit berbanding tempoh lain dengan bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak,” kata Mohd Hisam, baru-baru ini.
Malaysia di fasa Monsun Barat Daya (MBD)

Foto: Berita Harian

Beliau turut memaklumkan biarpun negara mengalami cuaca yang panas namun hujan lebat, angin kencang dan ribut petir masih tetap boleh terjadi di beberapa kawasan tertentu.

Antara lokasi yang terkesan ialah kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah pada awal pagi, serta kawasan pedalaman dan timur Semenanjung, barat dan pedalaman Sarawak serta pedalaman Sabah pada petang dan awal malam.

Menurut Hisham, sehingga 4 Jun negara kurang menerima taburan hujan dan panas di kebanyakan lokasi setelah merujuk ramalan daripada METMalaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kawasan penumpuan angin yang membawa hujan lebat lebih tertumpu di negara jiran iaitu di Thailand dan Myanmar.
“Setakat ini, suhu maksimum harian untuk bulan mei berada pada bacaan 33-36 darjah celsius dan diramal akan kekal untuk seminggu ke hadapan berikutan keadaan cuaca yang dijangka tiada hujan di kebanyakan tempat,” jelasnya.
Malaysia di fasa Monsun Barat Daya (MBD)

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Cuaca Panas Dan Kering Melampau Di Sabah, MetMalaysia Cadang Operasi Tanam Benih Awan

Susulan itu, beliau menasihatkan orang awam untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan minum air yang secukupnya bagi mengelak berlakunya dehidrasi berlebihan.

“Pembakaran terbuka perlu dielakkan memandangkan ia boleh menyebabkan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Untuk info, orang awam boleh mendapatkan maklumat berkenaan cuaca terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia atau hubungi talian Hotline 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: Berita Harian (A’qilah Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd