Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Penyelewengan Dana Sukuk: SPRM Rakam Keterangan Tan Sri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini letah mengambil keterangan daripada seorang individu bergelar Tan Sri berhubung siasatan kes penyelewengan dana sukuk berkaitan pembinaan lebuh raya di Lebah Klang.

Menurut laporan Malaysiakini, proses rakaman keterangan itu dijalankan oleh dua pegawai penyiasat SPRM di kediaman Tan Sri berkenaan yang terletak di ibu negara.

story image

Dalam masa yang sama, SPRM turut melakukan serbuan di satu lagi kediaman milik individu sama yang terletak di Melaka.

Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan atau sitaan dilakukan semasa operasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Tan Sri terbabit baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital sebelum SPRM menjalankan proses mengambil keterangannya, seperti dilaporkan media semalam.

Terdahulu, SPRM dilaporkan telha menyita pelbagai aset mewah dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri.

Foto: Berita Harian

Antara aset yang dirampas termasuk beg tangan berjenama, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan eksklusif, wang tunai serta beberapa kediaman mewah yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM32 juta.

Kes ini masih dalam siasatan dan dijangka akan membawa kepada beberapa perkembangan penting dalam masa terdekat.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd