Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerajaan Negeri Sembilan Nafi Terlibat Batalkan Ceramah Ustaz Wadi Annuar -“Itu Urusan Masjid…”

Kerajaan Negeri Sembilan Nafi Terlibat

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan pihak masjid dan konsultan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihak kerajaan negeri langsung tidak tahu menahu mengenai program itu dan terkejut apabila timbul dakwaan kononnya beliau sendiri tidak membenarkan ceramah berkenaan.

“Itu urusan pihak masjid dan konsultan, bukan kerajaan negeri. Saya tidak pernah diberitahu ada program tersebut.
“Kalau ada pihak rasa teraniaya, saya harap mereka beri penjelasan supaya tidak timbul fitnah kerana hukum fitnah sangat besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Kerajaan Negeri Sembilan Nafi Terlibat Batalkan Ceramah

Isu tersebut timbul selepas pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar sebagai penceramah utama bagi program ‘Healing de’Masjid’ di Masjid Sri Sendayan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kekecewaan itu turut dikongsikan sendiri oleh Ustaz Wadi Annuar melalui sebuah video yang memaklumkan semua persiapan bagi program tersebut telah diatur rapi oleh pihak pengurusan Masjid Sri Sendayan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Aminuddin dalam masa sama menegaskan beliau tiada masalah dengan sebarang penganjuran majlis ilmu, namun meminta isu berkenaan tidak dipolitikkan.

“Saya boleh memaafkan tiada masalah, tetapi janganlah ada pihak cuba mengaitkan perkara ini dengan kerajaan negeri atau dipolitikkan. Bukan jemputan daripada kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker pula meluahkan rasa kesal dan terkejut dengan pembatalan ceramah berkenaan.

“Ia amat dikesali kerana kerajaan negeri masih didukung oleh majoriti wakil rakyat beragama Islam.
“Tindakan pembatalan sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar tersebut memberi gambaran bahawa kerajaan Negeri Sembilan ibarat ‘lembu dicucuk hidung’, seolah-olah tunduk dengan pihak yang tidak senang dengan kelangsungan program itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sumber:  Utusan Online (Nur Sharieza Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd