Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kecurian Kabel Jejaskan Penyiapan Projek ECRL – Syarikat Pembinaan

China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) mengecam insiden kecurian kabel penghubung yang berlaku baru-baru ini di jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) antara Temerloh dan Bentong.

Kecurian kabel jadi trend

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kenyataan, CCCECRL memaklumkan kejadian itu telah menyebabkan kerosakan serius pada insfrastuktur rel dan berpotensi menjejaskan jadual penyiapan projek nasional tersebut.

kecurian kabel

Foto: Sinar

Sejak Jun lalu, beberapa siri kecurian komponen rel bernilai tinggi termasuk kabel dan transformer telah diksan di sepanjang jajaran ECRL.

Artikel lain: Lelaki Gagal Curi Kabel! Terperangkap Di Tiang Landasan MRT

“Insiden terkini menunjukkan trend kecurian semakin membimbangkan dan memberi kesan langsung kepada kemajuan projek.
“Dalam tempoh dua minggu sahaja, kabel sepanjang 1,080 meter antara Temerloh dan Lanchang serta 599 meter antara Lanchang dan Bentong telah dicuri,” katanya.

CCCECRL menegaskan, kecurian kabel ini bukan sahaja meningkatkan kos pembaikan dan penggantian, malah boleh menyebabkan kelewatan dalam keseluruhan projek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komponen gantian yang ditempah khas memerlukan masa berbulan-bulan untuk diperole.

“Kelewatan ini turut menjejaskan peranan projek ECRL dalam memberi manfaat sosial dan ekonomi jangka panjang kepada Wilayah Pantai Timur serta negara,” ujarnya.

kecurian kabel

CCCECRL turut membuat laporan polis di Balai Polis Lanchang dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Memandangkan jajaran projek merentasi 665 kilometer, CCCECRL menyeru komuniti setempat memberi kerjasama.

Orang awam dinasihatkan agar tidak membeli kabel atau kompone yang dipercayai milik projel ECRL, serta segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis atau pejabat CCCECRL.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Norazwani Yusof)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd