Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jeniffer Lopez Disaman Jurugambar, Muat Naik Foto Tanpa Izin

Jeniffer Lopez disaman jurugambar

Seorang jurugambar mengambil tindakan undang-undang dengan mengenakan saman kepada penyanyi Jennifer Lopez setelah memuat naik foto dirinya dalam sebuah acara tanpa kebenaran.

Jeniffer Lopez disaman jurugambar

Jeniffer Lopez disaman jurugambar

Foto: BBC

Memetik laporan BBC, Jennifer berkongsi gambar tersebut ketika beliau berada di Amazon MGM Studios dan parti Vanity Fair yang berlangsung di Los Angeles Januari lalu.

Foto tersebut memaparkan figura itu mengenakan busana rona putih dipadankan dengan kot berbulu semasa berada di luar parti.

Jurugambar yang dikenali sebagai Edwin Blanco dan agensinya, Backgrid masing-masing telah memfailkan saman dengan menyatakan kedua-dua foto yang dimuat naik penyanyi berkenaan mempunyai hak cipta terpelihara.

Sementara itu, Blanco mendakwa foto itu dikongsikan atas tujuan komersial selain cuba menarik perhatian peminat di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Jeniffer Lopez disaman jurugambar

Foto: Yahoo

“Jennifer memuat naik foto tersebut di Instagram dan X dengan kapsyen ‘GG (Golden Glove) Weekend Glamour’ dan dikongsikan oleh ramai peminat dan blog fesyen.
“Penggunaan foto tanpa kebenaran yang dikongsi oleh Jennifer adalah bersifat komersial untuk tujuan promosi diri,” kata Blanco baru-baru ini.

Artikel lain: LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto

Difahamkan, Blanco dan agensinya telah menuntut sebanyak $150,000 (RM64,000) untuk setiap satu gambar yang telah dikongsikan oleh penyanyi itu.

Sumber: BBC

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd