Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jais Halang Semua Aktiviti Melibatkan Mawla Amin

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) halang semua aktiviti melibatkan Mawla Amin atau nama sebenarnya, Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

Memetik laporan dari Harian Metro, Pengarah Jais,  Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan yang hasil pemantauan dari pihaknya,  terdapat sebuah madrasah di negeri ini disyaki sebagai hos kepada individu terbabit sepanjang berada di Selangor tahun lalu.

Jais tak akan kompromi dengan individu2 yang datangkan keraguan

Menurutnya, tidak ada sebarang  fakta jelas, keterangan pihak atau susur galur yang boleh menyokong dan membuktikan dakwaan bahawa individu dengan nama Habib Maulana Muhammad Amin Al-Idrisi Al-Hasani adalah cicit Nabi Muhammad SAW.

“Sepanjang 2023, Jais menghalang penganjuran apa-apa bentuk aktiviti membabitkan individu terbabit di Selangor.
“Jais tidak berkompromi dengan mana-mana individu atau pihak terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan perkara yang mendatangkan keraguan sehingga menjadi fitnah kepada Islam keseluruhannya.
“Kami menyeru semua umat Islam di Selangor lebih berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara meragukan seumpama ini,” katanya.

Jais Halang Semua Aktiviti

Artikel lain: Kerajaan Maghribi Keluar Kenyataan Kepada Kedutaan Malaysia Tentang Mawla Amin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jais halang semua aktiviti, kerajaan Magribi dah beri kenyataan kepada kedutaan Malaysia

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Maghribi kepada Kedutaan Malaysia berkenaan individu berkenaan.

Mawla Amin sebelum ini pernah datang ke Malaysia serta Indonesia dan disambut dengan begitu meriah oleh beberapa pihak termasuklah golongan agamawan.

Jais Halang Semua Aktiviti

Ada dakwaan mengatakan bahawa dirinya merupakan keturunan Rasulullah sehingga disanjung sewaktu ketibaannya.

Namun, ada beberapa pihak seakan meragui tentang kesahihan dakwaan berkenaan kerana tiada sebarang bukti serta kejelasan tentang apa yang diperkatakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ruwaidah Md Zain)

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd