Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Buku ‘Becoming Hannah’, Polis Terima 182 Laporan Terhadap Hannah Yeoh

Berhubung isu buku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’, polis setakat ini telah menerima sebanyak 182 laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata setakat ini, seramai 59 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Polis Terima 182 Laporan Polis Terhadap Hannah Yeoh

Isu Buku 'Becoming Hannah'

Foto: Buletin TV3

Buku ‘Becoming Hannah’ Jadi Isu

Isu Buku 'Becoming Hannah'

Foto: Kosmo! Online

“Jumlah keseluruhan 182 laporan polis yang diterima dan 59 rakaman percakapan sudah dirakamkan.
“Keterangan Hannah Yeoh masih belum diambil,” katanya ringkas hari ini.

Isu Buku 'Becoming Hannah'

Foto: Goodreads

Advertisement. Scroll to continue reading.

Media sebelum ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku terbitan Hannah yang didakwa sebagai bahaya dan mengancam keselamatan negara.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob, sebelum ini menyatakan bahawa polis belum merakam percakapan Hannah dan proses itu akan dijalankan dalam masa terdekat.

Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah difailkan Hannah pada tahun 2020 terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasaan.

Isu Buku 'Becoming Hannah'

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Gagal Saman Musa Hassan, Hannah Yeoh Cari Keadilan

Saman berkenaan susulan Musa didakwa dengan niat jahat membuat kenyataan tidak benar terhadap Hannah pada forum ‘Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989: PKM Menyerah Diri?’.

Difahamkan bahawa kenyataan dipertikaikan itu didakwa menuduh Hannah menulis buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian, merosakkan Islam dan negara serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd