Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dokumen Meragukan, Imigresen Kedah Cekup 122 Pekerja Asing

Seramai 122 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah dalam satu operasi penguatkuasaan di Kawasan Industri Padang Meha, Sungai Petani Rabu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Imigresen Kedah, Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan aduan awam, melibatkan pemeriksaan terhadap 214 individu.

imigresen

Foto: Sinar Harian

“Hasil pemeriksaan, 121 lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 22 hingga 56 tahun ditahan dan dibawa ke Depot Imigresen Belantik untuk siasatan lanjut,” katanya.

Artikel lain: Bawa Masuk Warga Asing, Dua Pegawai Imigresen Disyaki Terima Rasuah RM400,00

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebahagian besar dokumen pengenalan gagal dikemukakan, malah terdapat pasport yang meragukan dari segi cap keselamatan serta ketulenan maklumat.

Turut dikesan, syarikat pembinaan terbabit tidak mempunyai Letter of Agreement (LOA) dengan pembekal tenaga kerja, manakala Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang digunakan pekerja asing hanya sah untuk syarikat berdaftar di Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
imigresen

Foto: Sinar Harian

“Lebih membimbangkan, syarikat juga gagal menyimpan rekod pekerja di pejabat sumber manusia.
“Malah, sistem Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) menunjukkan rekod perjalanan yang tidak lengkap, selain terdapat individu cuba melarikan diri ketika operasi,” ujarnya.
imigresen

Foto: Sinar Harian

Menurut Mohd Ridzzuan, JIM Kedah akan meneruskan siasatan termasuk pengesahan pasport, rekod perjalanan serta kaitan majikan dengan pekerja.

“Tiada kompromi terhadap majikan yang mengambil atau melindungi pendatang asing tanpa izin. Operasi bersepadu juga akan dipertingkatkan di kawasan panas yang dikenal pasti,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian (Siti Zubaidah Zakaraya)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd