Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Harga Tak Masuk Akal! Peniaga Caj Pelancong RM10 Untuk Burger Tanpa Keju & Telur

Tular sebuah video memaparkan seorang pelancong dari negara luar dikenakan cah bayaran sebanyak RM10 untuk burger Ramly biasa di sekitar kawasan Bukit Bintang, baru-baru ini.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Travelling Solo Logs itu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.

Beli burger RM10 tanpa keju dan telur

Mana tidaknya, burger biasa yang dibeli oleh pelancong tersebut dikatakan sangat mahal dan tidak sepadan kerana tanpa keju dan telur.

Menerusi rakaman video tersebut, turut jelas kelihatan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan burger berkenaan iaitu roti, daging burger, sayur, bawang dan sos sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akan tetapi, penjual burger berkenaan meminta RM10 kepada pelancong tersebut.

https://www.facebook.com/watch/?extid=CL-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&mibextid=v7YzmG&v=936804647869579

 

Dia juga bertanya sekali lagi sama ada harga RM10 yang dinyatakan oleh peniaga tersebut adalah untuk sebuah burger biasa tanpa keju dan telur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Adakah RM 10 normal untuk burger biasa tanpa keju dan telur?”soalnya.

Dalam video tersebut juga, pelancong berkenaan dilihat membuat perbandingan burger Ramly yang dibelinya dengan burger McDonald’s.

burger RM10

Artikel lain: Jangan Terpedaya! Konsert Maroon 5 & Ed Sheeran Di Malaysia Hanya Scam

Kena scam! Harap KPDNHEP pantau

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati selain menyatakan pelancong berkenaan telah menjadi mangsa tipu daya peniaga berkenaan.

Ini kerana harga yang ditawarkan adalah tidak berpatutnya untuk sebuah burger biasa yang hanya mempunyai daging dan sayur termasuk sos.

Mereka juga meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk masuk campur dalam hal ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

burger RM10 burger RM10 burger RM10 burger RM10

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd