Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hadir Mesyuarat Kabinet, PM Anwar Sahkan Ewon Belum Letak Jawatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak menerima sebarang butiran berhubung peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

“Belum lagi,” katanya ringkas kepada Bernama ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, Presint 16, hari ini.

Ewon belum letak jawatan

Ewon belum letak jawatan

Malah, Anwar berkata Ewon turut menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kehadiran Ewon pada mesyuarat Kabinet hari ini serta sama ada beliau telah menerima maklumat rasmi berhubung peletakan jawatan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ewon menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf hak Perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: Putin Tidak Hadir, Diwakili Timbalan PM Rusia – PM Anwar

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Sosial

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, berkongsi pengalaman mengejutkan selepas mendakwa dihubungi seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra dalam keadaan nafas tercungap-cungap, mendakwa dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd