Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Enam Rakyat Malaysia Termasuk Penyanyi Kelantan Dibawa Ke Mahkamah Narathiwat

Penyanyi dikir barat moden Kelantan antara enam rakyat Malaysia yang ditahan di sebuah hotel di Sungai Golok kerana memiliki 6,000 pil kuda, Jumaat lalu.

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, kesemua yang ditahan meninggalkan Balai Polis Golok kira-kira jam 10.30 pagi (waktu Thailand) menaiki trak polis menuju ke Mahkamah Wilayah Narathiwat yang berada sejauh 50 kilometer dari lokasi tersebut.

Selain ahli keluarga dan kawan rapat mereka, orang ramai termasuk peminat penyanyi dari Malaysia dan Thailand turut hadir di balai polis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kol Pol Jedsadavit Ingprapan, pihak polis membawa kesemua suspek ke mahkamah bertujuan mendapatkan kebenaran melanjutkan tempoh tahanan mereka.

“Mereka akan ditahan di mahkamah sementara siasatan kami berhubung kes itu selesai.
“Mereka disiasat atas dua kesalahan iaitu memiliki pil kuda dan memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Foto: Kosmo!

Sebelum ini, media melaporkan enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel terletak di Sungai Golok, Thailand, awal pagi kelmarin.

Kesemua suspek yang ditahan pada jam 6 Pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur berusia linkungan 25 hingga 32 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penahanan enam individu yang melibatkan tiga lelaki dan tiga perempuan itu juga menemukan 6,000 biji pil yaba.

Sumber: Berita Harian (Sharifah Mahsinah Abdullah)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd