Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Usaha Perangi ‘Counter Setting’ Dipertingkat Menerusi Dasar Sokongan Lebih Kukuh

Usaha membanteras kegiatan ‘counter setting’ di pintu masuk negara akan dipertingkatkan menerusi dasar sokongan yang lebih kukuh, kata Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata pihaknya sedang meneliti satu dasar untuk menerima anggota yang tidak mempunyai rekod tatatertib bagi memastikan pintu masuk negara sentiasa dikawal rapi.

Counter setting

Counter setting

Foto: Bernama

“AKPS merupakan agensi baharu yang dianggotai oleh pegawai daripada Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan agensi berkaitan, maka, kita turut mewarisi permasalahan-permasalahan lama…kami masih lagi berbincang dan ingin membuat satu dasar sekiranya boleh, untuk menerima mereka yang tidak mempunyai rekod tatatertib ataupun sebagainya, untuk memastikan barisan ini dikawal rapi,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata beliau secara peribadi mahu menghentikan ‘counter setting’ dengan sokongan dasar dan kerjasama daripada para pegawai.

Sementara itu katanya seorang pegawai imigresen berusia awal 30-an ditahan hari ini bersama wang tunai kira-kira RM8,000 dan tiga unit telefon bimbit selepas disyaki terlibat kegiatan ‘counter setting’.

Mohd Shuhaily berkata pegawai yang baru berkhidmat selama empat tahun itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 17A Akta SPRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata isu salah laku sebegitu berulang disebabkan tiada mekanisme yang membolehkan jabatan menamatkan perkhidmatan serta-merta.

Artikel lain: Telegram Edisi Khas & Edisi Siasat Dikenakan Tindakan, Langgar Akta 588 -Fahmi

Foto: Bernama

Mohd Shuhaily berkata ramai yang tidak faham mengenai tatacara tindakan tatatertib terhadap penjawat awam malah menyangkakan pegawai terlibat dalam isu rasuah ditukar ke tempat lain bagi mengalihkan masalah.

“Sebagai penjawat awam, mereka tertakluk kepada arahan dan prosedur pentadbiran yang telah ditetapkan dan seseorang pegawai perl diberi peluang untuk mempertahankan diri dan membela diri mereka.
“Proses itu tidak mudah, malah memerlukan masa, oleh itu tindakan awal yang boleh diambil oleh ketua jabatan adalah menukarkan pegawai terbabit ke lokasi lain,” katanya.

Mohd Shuhaily berkata beliau secara peribadi telah menyuarakan cadangan supaya diwujudkan satu skim atau mekanisme yang lebih berkesan dan ketat supaya jabatan boleh menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang terlibat dalam amalan rasuah dengan lebih cepat dan efisien.

Namun katanya perkara itu perlu dibincangkan secara lebih mendalam dari sudut perundangan bersama pihak Jabatan Peguam Negara (AGC), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta agensi berkaitan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Drama kehilangan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh permotoran akhirnya terbongkar apabila polis mendedahkan ia hanyalah helah untuk melarikan diri ke luar negara....

Sosial

Pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten resepi masakan, Che Nom luah sedih dan kecewa menerusi satu perkongsian yang menyentuh hati. Che Nom luah sedih, niat...

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd