Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bola Sepak Malaysia Tidak Gagal, Individu Dalam Pasukan Yang Tidak Layak Mengurus – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menolak dakwaan berhubung perkembangan bola sepak di Malaysia yang dianggap gagal berdasarkan kejayaan cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Asia.

Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook milik JOHOR Southern Tigers, TMJ berpendapat sukan bola sepak negara dilihat menghadapi pelbagai masalah kerana terdapat individu-individu yang tidak layak berada dalam insdustri tersebut.

” Kadangkala ianya sukar untuk difahami kenapa sesetengah pihak menganggap bola sepak Malaysia sebagai gagal sedangkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berkembang menjadi pasukan nombor 1 di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.
“Malaysia juga telah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun. 
“Prestasi JDT di Asia telah menyumbang 21.54 (68.7%) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membenarkan lebih banyak kelab-kelab Malaysia menyertai pertandingan Asia.
“JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015). JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik – termasuk perubatan – di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden,” katanya pada Ahad.

Menurut Tunku Ismail, berikut merupakan pencapaian terbaik yang pernah dicapai pasukan dalam Malaysia atau industri bola sepak tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia?” soalnya.

Foto: Facebook JOHOR Southern Tiger

Baginda berkata, kewujudan individu yang tidak berkelayakan yang membuatkan industri sukan bola sepak kita yang gagal kerana tidak mampu mengurus dan meningkatkan standard serta memberi sokongan kepada pemain.

Oleh itu, TMJ meminta semua pihak untuk tidak menuding jari dalam mencari kesalahan pada sistem atau JDT walaupun skuad tersebut berjaya di Asia termasuk penganugerahan ‘AFC Two-Star Academy’.

Baginda menyatakan bahawa ia lebih wajar untuk mengambil pelajaran dari apa yang berlaku untuk mendesak ke arah perubahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook JOHOR Southern  Tigers

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd