Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Blackpink Terima Pelawaan Buat Persembahan Di Hadapan Presiden Korea Selatan & AS

Baru-baru ini, kumpulan penyanyi terkenal Korea Selatan, Blackpink telah menerima jemputan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada akhir April ini.

Menerusi laporan Korea Boo, perkara tersebut disahkan sendiri oleh Pihak pengurusan Blackpink, YG Entertainment yang menerima pelawaan untuk membuat persembahan di sebuah acara makan malam antara Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Presiden AS, Joe Biden.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Blackpink memaklumkan mereka belum memberi apa-apa keputusan memandangkan ia masih dalam pertimbangan untuk hadir ke acara tersebut.

“Blackpink telah menerima tawaran untuk membuat persembahan di acara makan malam antara Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Korea, Yoon Suk Yeol.
“Mereka kini sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan,” katanya.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat dilaporkan merancang acara kebudayaan bersama menjelang lawatan Yoon Suk Yeol ke Amerika Syarikat pada April.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kumpulan Blackpink dan Lady Gaga telah dijemput ke acara itu, dan acara tersebut dilakukan sempena ulang tahun ke-70 Korea Selatan dan Amerika Syarikat membuat pakatan.

Sumber: Korea Boo

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd