Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Peminat Teruja Shah Rukh Khan Ajak Masuk Bilik Hotel, Siap Dapat Cium Pipi

Selebriti terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sememangnya cukup dikenali hampir serata dunia. Dia yang mempunyai peminat fanatik tersendiri dilihat tetap tenang dan melayan mereka dengan baik walaupun ketika waktu yang kurang tepat.

Ajak masuk bilik pukul 2 pagi

Menerusi laporan dari portal tempatan, The Indian Express, Shah Rukh Khan telah menjemput peminat setianya masuk ke dalam bilik hotel walaupun jam sudah menunjukkan 2 pagi.

Hal ini susulan individu tersebut telah menanti dan mengejarnya sewaktu menghadiri acara Auto Expo 2023 di Delhi, India.

Dijemput masuk sendiri, dapat cium pipi

Merujuk ke akaun Twitter peminatnya yang dikenali sebagai Jatin Gupta, dia bersama tiga lagi rakannya telah dijemput oleh SRK ke bilik hotelnya dan peluang tersebut tidak akan dilepaskan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dilihat begitu gembira apabila dapat bertemu dan bergambar sambil mencium pipi idolanya itu.

“Terima kasih Shah Rukh Khan kerana sudi meluangkan masa untuk kami walaupun sudah pukul 2 pagi. Dia telah memanggil kami masuk ke dalam hotel dan memberikan layanan yang baik sepanjang pertemuan
Terima kasih sangat-sangat. Saya minta maaf kerana menggangu anda pada lewat malam, tapi saya sangat meminati anda,” tulisnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebenarnya, perkara sebegitu bukanlah sesuatu yang pelik terjadi kepada raja Bollywood itu kerana memang sudah sering diekori. Tak hanya itu, peminat-peminat fanatik juga kerap berkumpul di hadapan rumahnya lebih-lebih lagi ketika ada perayaan penting seperti hari ulang tahun kelahiran aktor hebat itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Indian Express, Twitter Jatin Gupta

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Nasional

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pendapat dengan merasmikan Luncheon Talk bersama Steven Sim. Menerusi satu kenyataan media,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd