Tular di TikTok, majlis akad nikah pasangan bernama Farisya Azwin dan Aiman di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bulan lalu menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet, baru-baru ini.
Namun yang mencuri tumpuan bukanlah hiasan pelamin mahupun busana pengantin, sebaliknya mas kahwin luar biasa yang diberikan oleh pengantin lelaki.
Dalam momen penuh bermakna itu, Farisya menerima emas seberat 88 gram sebagai mas kahwin daripada suaminya.
Artikel lanjut: Kahwini Wanita Kelantan, Lelaki Sebak Majlis Nikah Hanya Ditemani Sahabat
Anggaran nilainya yang mencecah hampir RM45,000 nyata membuat ramai terkejut, malah ada yang tidak menyangka emas dengan jumlah sebanyak itu dijadikan mas kahwin.
Video tersebut segera dibanjiri pelbagai reaksi di ruangan komen.
Ramai yang memuji kesungguhan Aiman sebagai suami yang menghargai isterinya dengan pemberian bernilai tinggi dan kekal sepanjang zaman.
Tidak kurang juga yang menganggap emas 88 gram itu simbol cinta yang mewah, kukuh dan sukar ditandingi.
Lebih menarik, warganet turut menyifatkan mas kahwin berbentuk emas ini bukan sahaja bernilai dari sudut harga, malah memberi makna mendalam kerana ia boleh dijadikan simpanan berharga untuk masa hadapan pasangan berkenaan.
Dengar 88gram terus bukak kalkulator
Timbang berapa emas yang ada, lalu termenung
Untung dapat suami yang bertanggungjawab
Hakikatnya, mas kahwin hanyalah simbolik dalam sebuah pernikahan. Sama ada diberi dalam bentuk wang ringgit, emas atau apa sahaja, ia tetap membawa makna yang sama selagi diberi dengan penuh ikhlas.
Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain, kerana mas kahwin seharusnya mengikut kemampuan masing-masing.
Apa yang lebih penting adalah keutuhan kasih sayang dan tanggungjawab yang dipikul selepas lafaz akad itu berlangsung.
Sumber: TikTok @sya.zwin
