Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MMA Tawar Ganjaran RM5,000 Cari Pelaku Rendam 15 Ekor Kucing

Persatuan Haiwan Malaysia (MMA) menawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 kepada orang ramai yang boleh memberi maklumat tepat dan lengkap susulan kes 15 ekor anak kucing yang didakwa direndam hingga mati.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh MMA, kejadian itu berlaku berdekatan Jerantut selepas seorang penduduk membuat aduan kira-kira jam 8.00 malam pada 29 November lalu.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jerantut, semalam.

15 ekor kucing direndam

https://www.facebook.com/100083118853022/posts/326985346748758/?mibextid=WC7FNe

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kes Aniaya Kucing, Ganjaran RM3,000 Bantu Kesan Suspek

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang pada masa akan datang.
“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749.
“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah ini supaya dapat diadili di mahkamah dan pelaku menerima hukuman setimpal dengan kekejaman dilakukannya,” katanya.

Terdahulu, MMA menawarkan RM3,000 sesiapa yang boleh berikan maklumat untuk dua kes penganiayaan kucing yang membabitkan dua lokasi yang berbeza iaitu menyimbah cat putih dan menghempuk dengan batu hingga pecah kepala.

Sumber: FB @Persatuan Haiwan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Petarung Muay Thai negara, Rifdean Masdor membuktikan bahawa kemenangan terbesar bukan sekadar menewaskan lawan di gelanggang, sebaliknya mengatasi cabaran dalam dirinya sendiri. Atlet berusia...

Nasional

Seramai 4,300 usahawan di negeri ini menerima manfaat pembiayaan hampir RM100 juta yang diluluskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi membantu mengembangkan perniagaan...

Sosial

Hasrat seorang wanita untuk bergelar isteri hanya tinggal tujuh hari lagi bertukar tragedi pilu apabila beliau bersama adiknya maut dalam kemalangan jalan raya di...

Sukan

Pelari utama negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi terus membuktikan statusnya sebagai raja pecut negara apabila menjuarai acara 100 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Terbuka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd