Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Minta Beras Putih Terus Dieksport, Mohamad Sabu Akan Bincang Dengan Kerajaan India

Kerajaan akan bertemu dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India untuk memastikan negara itu terus mengeksport beras putih ke Malaysia, lapor Berita Harian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya bakal mengadakan perbincangan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G) demi memastikan bekalan beras putih cukup buat rakyat negara ini.

Mohamad Sabu berkata, tindakan itu susulan kebimbangan yang bakal membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia sekiranya kerajaan India menyekat pengeluaran beras putih secara mengejut.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita sekarang sedang berhubung bagi mendapatkan tarikh sesuai untuk pergi ke sana supaya kita boleh berbincang secara G2G.
“Jika mereka menyekat beras putih secara mengejut, ia membawa kesan kenaikan harga beras di Malaysia ini. Beras basmathi ada, boleh import banyak, tetapi beras basmathi ini mahal.
“Dengan G2G ini, dapatlah kita minta mereka meneruskan untuk eksport beras putih ke Malaysia, itu harapan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, malam tadi.

Sementara itu, Mohamad Sabu turut memaklumkan bahawa walaupun kenaikan harga beras import menyebabkan orang mencari beras tempatan secara mendadak, namun bekalan beras putih di negara ini masih mencukupi.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=852026496289233&set=pb.100044456708558.-2207520000&type=3

“Tetapi, kita atasi masalah itu, sekarang ini kita lakukan tuaian di Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), saya tidak ingat berapa jumlah kampit beras yang akan dikeluarkan…
“…tetapi dalam masa tidak sampai sebulan ini, ia akan berada di pasaran dan sekarang pun kita ada cuba untuk ‘top-up’ mana-mana yang berlaku kekurangan.
“Selain India, kita boleh dapatkan bekalan beras putih ini dari Pakistan, Vietnam atau Thailand, tetapi semua pun mengalami kenaikan harga…
“…dan lebih parah sekarang ini isu kekurangan beras menjadi masalah dunia dan kita ini terjejas, tetapi tidak seteruk berbanding negara lain,” ujarnya.

Sumber: Berita Harian (Izz Laily Hussein), Facebook Mohamad Sabu

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh Iffa Sabrina

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Lokal

Seorang Ahli Parlimen atau MP DAP mahu jumpa menteri agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung garis panduan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd