Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MINDEF Fokus Lima Perkara Utama Dalam Capai Visi Malaysia Sebagai Negara Selamat

Kementerian Pertahanan (MINDEF) fokus lima perkara utama bagi menjadi tunjang tahun ini dalam mencapai visi Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur.

Menterinya, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia meliputi sistem pertahanan negara bukan sahaja sentiasa dalam keadaan bersedia, tetapi dihormati kawan dan lawan.

MINDEF Fokus Lima Perkara Utama

“Selain itu, kementerian akan membangunkan dan mengemas kini perancangan pertahanan yang lebih terkini selain kebajikan dan pembangunan kapasiti.
“Kementerian juga memastikan patriotisme sebagai benteng pertahanan terbaik negara serta memfokuskan Malaysia dan keamanan sejagat,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2024 di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Artikel lain: Mohamed Khaled Mula Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, majlis tersebut turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) antara MINDEF dan Institut Integriti Malaysia bagi membantu dan menyokong satu sama lain dalam program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat.

Ia juga sebagai usaha sama dalam penglibatan sektor awam dan sektor korporat bagi menjadi ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Pada masa sama, MINDEF turut melancarkan imej korporat baharu yang melambangkan kementerian sentiasa mengamalkan nilai-nilai integriti, cekap dan profesional dalam melaksanakan tanggungjawab.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman; pengurusan tertinggi kementerian, panglima-panglima perkhidmatan, pegawai-pegawai kanan awam dan Angkatan Tentera Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd