Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Mohamed Khaled Mula Tugas Sebagai Menteri Pertahanan

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur hari ini.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad Ab Rahman.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan Gorman Khan TUDM selain pegawai-pegawai kanan kementerian, Angkatan Tentera Malaysia serta warga Wisma Pertahanan.

Beliau turut mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naib Presiden UMNO itu kemudian mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas selepas selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pada 12 Disember lalu.

Artikel lain: Ini Senarai Penuh Kabinet Baharu Kerajaan Perpaduan

Mohamed Khaled yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi dilantik mengetuai portfolio baharu tersebut daripada Datuk Seri Mohamad Hasan yang menerajui Menteri Luar Negeri.

Ia susulan rombakan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd