Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menara KL Ditutup Sementara, Jalani Penambahbaikan

Menara Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu  bermula 17 April bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan  dan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pengurusan baharu.

Menurut laporan Bernama, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi malam tadi, tarikh pembukaan semula menara ikonik itu akan dimaklumkan kemudian melalui pelbagai saluran media.

Menara KL ditutup sementara

Menara KL

Foto: Newswav

“Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Komunikasi menegaskan bahawa Menara KL ialah milik kerajaan.
“Bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan menara tersebut telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM),” katanya.

Dalam kenyataan itu juga dinyatakan bahawa kehadiran Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) di premis menara selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.

Artikel lain: 95% Pekerja Menara KL Sambut Positif Tawaran Syarikat Konsesi Baharu

Justeru, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengeluarkan dua notis pengosongan kepada pihak MKLB menerusi surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan,” tegas kenyataan itu.
Menara KL

Foto: klia2.info

Sebelum ini pada 31 Mac lalu, Kementerian Komunikasi telah memaklumkan bahawa pengambilalihan kensesi pengurusan Menara KL tidak akan menjejaskan operasi harian mahupun kebajikan pekerja yang terlibat.

Rundingan dengan syarikat baharu itu turut menetapkan terma-terma yang menjamin kelangsungan operasi seperti biasa.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Sosial

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026...

Sosial

Susulan isu tular melibatkan satu adegan dalam persembahan teater yang mencetuskan pelbagai reaksi, Universiti Malaya tampil memberikan penjelasan rasmi bagi meredakan kebimbangan orang ramai....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd