Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Memeta Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara, Ini Empat Objektif Wacana Strategi KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menganjurkan Wacana Strategi KPT yang berlangsung pada 5 hingga 6 Januari ini bagi memberikan peluang kepada pihak berkepentingan memperkasakan agenda pendidikan tinggi negara.

Pelaksanaan program itu sejajar dengan aspirasi nasional di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dalam mencapai aspirasi untuk menjadikan negara sebagai peneraju ekonomi Asia dan dapat memberikan kehidupan lebih baik kepada segenap lapisan rakyat.

Bagi menjayakan program itu, KPT menyenaraikan empat objektif utama iaitu merangka hala tuju strategik KPT berdasarkan aspirasi Perdana Menteri serta pemegang taruh KPT dan menyelaras semula pelaksanaan strategi KPT.

Ia juga sebagai platform untuk mencadangkan program dan inisiatif berdasarkan kluster perancangan hala tuju KPT serta membincangkan isu-isu strategik berkaitan KPT dan cadangan penyelesaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis perasmian Wacana Strategi KPT disempurnakan oleh Perdana  Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pagi tadi.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Kadir.

Sementara itu, pelaksanaan objektif wacana dijalankan dalam beberapa sesi pembentangan selain forum interaktif yang dibarisi oleh pembentang dan ahli panel serta pakar dalam bidang masing-masing.

Program Wacana Strategi KPT

“Input daripada pembentangan dan forum tersebut akan digunakan sebagai input hala tuju pendidikan tinggi negara disamping membangunkan pelan pendidikan tinggi yang baharu,” kata KPT.

Artikel lain: Pemuda Diberkas, Godam & Jual Data Agensi Kerajaan Di ‘Dark Web’

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, ia juga akan memberikan peluang kepada pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan tinggi untuk berkongsi pandangan dan pengalaman.

“Perkongsian ini dikongsi terus kepada pemimpin negara dan kementerian yang merangkumi strategi dalam mendepani cabaran masa kini dan akan datang,” ujar KPT.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd