Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Memandu Sambil Letak Telefon Di Riba Boleh Disaman RM1000 & Penjara 3 Bulan

Tidak dapat dinafikan, sejak kebelakangan ini kita dapat melihat rakyat Malaysia sering mengamalkan sikap cuai ketika memandu seperti meletakkan telefon bimbit di riba untuk menggunakan aplikasi Waze atau Google Maps untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Secara tidak langsung, tindan tersebut telah mengundang bahaya kerana pemandu akan mengalihkan mata dari jalan untuk beberapa saat dalam menyemak jalan pada peranti.

Susulan itu, menerusi laporan The Star,  memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan salah satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan saman sehingga RM1,000 (minimum RM300) dan penjara 3 bulan jika didapati bersalah.

Bukan itu sahaja, pesalah buat kali kedua boleh didenda sehingga RM2,000 dan penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disebabkan itu, para pemandu diminta untuk menggunakan pemegang telefon untuk menggunakan navigasi supaya dapat melihat jalan sambil mengerling ke skrin.

Sumber: The Star (N.Trisha)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd