Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Mekanik Bantu Bapa Dua Anak Tepi Jalan, Motor Rosak Lewat Malam – “Tak Payah Bayar..”

Baru-baru ini tular di media sosial seorang mekanik membantu seorang lelaki bersama isteri dan dua anaknya yang tersadai di tepi jalan akibat kerosakan motosikal.

Menerusi perkongsian di Threads, mekanik yang dikenali sebagai pengasas Minyak Hitam Jalanan, Mohd Yusof itu memaklumkan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang meminta untuk membaiki sebuah motosikal yang rosak akibat rantai putus dan gegancu (spoket) hilang sewaktu dalam perjalanan pulang ke Bukit Jalil.

Bantu motosikal rosak

mekanik bantu motosikal rosak

Bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak itu sempat untuk membatalkan niatnya kerana tidak mempunyai wang hanya memiliki RM30 sedangkan harga kos untuk membaiki kerosakan tersebut dianggarkan sebanyak RM140.

“Takpe lah, tak jadi saya pun cuma ada RM30 sahaja, tengah bulan ni. Saya cuba cara lain,” kata lelaki itu.

Namun atas dasar simpati, Yusof tetap bergegas ke lokasi yang diberikan dan sesampainya di sana dia berasa terkejut kerana tiada sesiapa yang berada kawasan itu untuk menghulurkan bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Aku dah tak fikir apa, aku siap-siap terus jalan pergi dekat abang ni. Sampai-sampai je, jalan situ memang takde orang langsung.
“Nak jadi cerita, abang tu pula salah bagi lokasi, aku sebelah kanan dia sebelah kiri. Selamat kereta takde langsung, aku buat kerja tengah-tengah jalan. Aku faham dan pernah rasa bila duit cukup-cukup untuk keluarga,” jelasnya.

Difahamkan, mekanik tersebut turut menolak sebarang bayaran daripada lelaki itu selepas menggunakan wang infak daripada orang ramai ketika membuat siaran langsung di TikTok.

“Abang tak perlu bayar, ada orang infaq. Kalau memerlukan saya pakai duit itu. Anggap rezeki anak, hari ini saya tolong abang, esok ALLAH tolong saya balik,” ucapnya sambil memeluk lelaki berkenaan.

Artikel lanjut: PM Timor Leste Dipuji ‘Humble’, Gelagat Menyapu Di Jalanan Raih Perhatian

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 25,000 tanda suka dan lebih 1,600 membagi ulang di platform threads.

Sumber: Threads abangciknizam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd