Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Mechamato Movie Cipta Sejarah, Filem Animasi Malaysia Pertama Ditayangkan Di Jepun

Filem animasi nombor satu negara, Mechamato Movie bakal mencipta sejarah kerana menjadi karya animasi pertama yang akan ditayangkan di pawagam Jepun bermula 19 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak berkata, filem animasi itu akan menampilkan pelakon alih suara atau voice actor ternama bagi tujuan pemasaran dengan kerjasama Aeon Entertainment Jepun, lapor Harian Metro.

Foto: Harian Metro

“Kami dapati gaya pemasaran di Jepun amat berbeza. Pelakon suara mereka mempunyai barisan peminat dan daya tarikan tersendiri.
“Monsta menerima nasihat dan bantuan rakan strategik di Jepun mendapat ‘seiyuu’ terkenal untuk Mechamato Movie.
“Kami harap usaha ini dapat menarik minat warga Jepun untuk menonton filem kebanggaan Malaysia ini dan berkongsi pengalaman mereka pula,” katanya.

Nizam berkata, dia cukup bangga apabila filem animasi itu mendapat pujian pada tayangan perdananya yang berlangsung di Aeon Chofu, Tokyo pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Solat & Al-Quran Buat Jojo Ghazali Tenang – “Rasa Macam Ada Benda Lagi Besar Jaga”

Mechamato Movie filem animasi Malaysia pertama ditayangkan di Jepun

Foto: FB Mechamato

“Kami menerima banyak reaksi mengujakan daripada penonton di Tayangan Perdana Jepun Mechamato Movie ini.
“Mereka tidak sangka Malaysia mampu menghasilkan animasi bertaraf antarabangsa dengan jalan cerita yang mampu ‘melekatkan’ anak-anak mereka di kerusi selama 116 minit.
“Kami sedang berusaha untuk membawa masuk versi alih suara Jepun ini ke Malaysia kerana kami yakin peminat Mechamato akan tidak mahu terlepas peluang menonton versi ini,” ujarnya.

Sekadar info, Mechamato Movie menampilkan pelakon alih suara ternama seperti Ayumu Murase sebagai Ayato, Yoshitsugu Matsuoka sebagai MechaBot dan Kenjiro Tsuda sebagai Jeneral Grakakus.

Foto: FB Mechamato

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, lagu tema Mechamato Movie iaitu Temaniku nyanyian Yonnyboii turut dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun oleh penyanyi Ruka dari Jepun.

Sumber: Harian Metro (Georgie Joseph)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Sukan

Skuad kuadran negara muncul juara dunia selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Kuartet...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd