Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mayat Reput Ditemui Di Banting, Disyaki Ada Kaitan Remaja Hilang Di Kajang

Penemuan mayat dalam keadaan reput di Banting, Selangor pada Isnin dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang pada 19 Disember lalu.

Mayat reput disyaki remaja 15 tahun yang hilang

mayat reput

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Berita Harian, sumber memaklumkan penemuan mayat yang disyaki dibunuh dan dibuang dalam sebuah sungai itu adalah hasil daripada penahanan tiga individu, dengan salah seorang daripadanya dipercayai teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa pihak polis telah menahan tiga orang untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mayat ditemui dalam keadaan reput dan buat masa ini, pihak polis masih menunggu keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identiti mangsa.
“Kita percaya ia ada kaitan tetapi perlu tunggu pengesahan DNA, kita akan ketahui dalam sehari dua,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan kenyataan penuh akan dikeluarkan selepas keputusan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh untuk mengesahkan identiti mangsa.

Artikel lain: Kes Mayat Pemandu Lori Disumbat Dalam Bonet, Keluarga Mahu Keadilan Setimpal

Sebelum ini, Yap Xin Yuan, 15, dilaporkan hilang selepas berlatih tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11 Cheras pada 19 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada jam 2.15 pagi keesokan harinya selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, mangsa sepatutnya pulang selepas berlatih tarian singa, namun sehingga jam 10.30 malam, dia masih tidak kembali ke rumah.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd