Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Beroperasi Secara Haram? Maxim Malaysia Utamakan Keselamatan, Sedang Bincang Dengan Pihak Berkuasa

Maxim Malaysia

Maxim Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing yang dikendalikannya, Maxim dan InDrive, beroperasi secara haram.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan langkah tersebut diambil bagi mengekalkan reputasi serta memberi penjelasan kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna dan rakan kongsi.

“Langkah ini dilakukan segera bagi mengekalkan reputasi dan kepercayaan yang telah dibina selama ini,” menurut kenyataan itu.

Maxim Malaysia Utamakan Keselamatan

Pihaknya turut menegaskan komitmennya terhadap pematuhan undang-undang negara dan akan terus memberikan kerjasama kepada kerajaan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Syarikat itu menjelaskan bahawa operasinya di Malaysia masih berjalan seperti biasa dan mengutamakan keselamatan pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maxim Malaysia mengutamakan keselamatan awam sebagai keutamaan sejak mula beroperasi di Malaysia,” katanya.

Artikel lain: Tidak Patuhi Peraturan, InDrive Dan Maxim Diarah Hentikan Operasi Bermula 24 Julai

Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengarahkan operasi kedua-dua aplikasi itu dihentikan berkuat kuasa 24 Julai ini, susulan dakwaan bahawa ia tidak mematuhi peraturan sedia ada.

Dalam kenyataan sama, Maxim Malaysia berkata pemandu rakan kongsi yang berdaftar di platformnya perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh dan memenuhi syarat e-hailing yang ditetapkan oleh APAD serta Kementerian Pengangkutan.

Bagi mempercepatkan proses kelayakan lesen PSV, syarikat itu turut bekerjasama dengan beberapa sekolah memandu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Prosedur pemeriksaan ketat ini adalah sebahagian daripada ketelusan korporat bagi menjamin keselamatan awam secara umum,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd