Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mat Sabu Dipilih Jadi Presiden AMANAH, Bukan Soal Ambil Hati

Lantikan Mohamad Sabu atau juga dikenali Mat Sabu sebagai presiden AMANAH dalam pemilihan parti di Klang, pada Ahad lalu bukan atas soal ambil hati.

Menurut naib presiden AMANAH, Dr Siti Mariah Mahmud, walaupun keputusan barisan ahli jawatankuasa pimpinan nasional AMANAH bukan sebulat suara namun ia adalah keputusan bersama, lapor Utusan.

Foto: Malaysiakini

“Mohamad (Sabu) pengasas parti dan kita lihat beliau berjaya sehingga menjadi menteri.
“Ini penggal terakhir untuk beliau berkhidmat sebagai presiden dan tiada kena mengena dengan soal mengambil hati,” katanya.

Dr Siti Mariah berkata, walaupun Menteri Kesihatan Dr Zulkefly Ahmad meraih undi tertinggi dalam pemilihan, namun beliau tidak diangkat sebagai presiden.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Kenapa bukan Dr Zulkefly? Beliau adalah seorang pemikir, golongan T20 mungkin menyokong beliau tapi berapa ramai yang faham ucapan dia?
“Ini bermakna pemilihan Mohamad sebagai presiden bukan isu ambil hati tetaapi lebih kepada compliment to each other.
“Betul, bukan semua setuju tetapi itu yang kita putuskan,” jelasnya.

Artikel lain: Semua Parti Dalam Kerajaan Perpaduan Perlu Terus Kuat – Mohamad Sabu

Pada pemilihan itu, Dr Zulkefly mendapat 900 undi perwakilan, lebih satu undi daripada bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Abdul Samad yang meraih 899 undi.

Mat Sabu dipilih jadi Presiden AMANAH, bukan soal ambil hati

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohamad Sabu pula berada di tangga kelapan dengan 613 undian, manakala Mujahid Yusof pula dilantik sebagai timbalan presiden walaupun hanya meraih undi keempat tertinggi.

Sumber: Utusan Malaysia (Aslinda Nasir)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Lokal

“Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak. Saya tak mahu ia berlalu begitu sahaja,” kata Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada Amirul Hafiz Omar,...

Lokal

Detik yang sepatutnya menjadi hari paling bermakna bertukar menjadi tragedi apabila seorang nelayan, Mohamad Shahrin Mohd, dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd