Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Masih Solo & Dara Walaupun Imej Terlampau Seksi…”- Jannine Weigel

Penyanyi terkenal Thailand, Jannine Weigel atau dikenali Ploychompoo mengakui dia masih dara dan belum mempunyai kekasih hati walaupun sering berpenampilan seksi.

Pendedahan dan pengakuan penyanyi berusia 22 tahun dalam sebuah program rancangan temubual di Youtube membuatkan penyanyi senior, Nipaporn Thititanakarn atau mesra disapa Zani terkejut.

Siapa sahaja tak terkejut apabila melihat seseorang itu berpenampilan sangat seksi dan ‘hot’ seperti Jannine Wiegel mendedahkan rahsia yang tidak diketahui ramai dan kini semua sudah tahu.

“Saya masih dara,”katanya sambil tersenyum suka kepada Zani.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by พลอยชมพู (@jannineweigel)

Jannine yang juga pelakon filem Pee Nak berkata, mungkin ramai terkejut dengan kebenaran yang didedahkan memandangkan dia sering berpenampilan seksi dan mengghairahkan di media sosial. Namun, baginya ia adalah normal.

“Soal pemakaian itu adalah perkara biasa dan ia tak keterlaluan seiring dengan usia saya. Ada di kalangan lelaki di luar sana cuba mendekati dan menggoda saya.

Mengulas lanjut, pelatun lagu berjudul Dee Jai berkata disebabkan sikapnya cepat berasa tidak selesa apabila berjumpa dengan seseorang lelaki membuatkan dia masih belum mempunyai kekasih hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah selebriti kacukan Thai-German, sehingga kini dia tidak pernah bercium dengan mana-mana lelaki kecuali berpegangan tangan sahaja.

“Walaupun orang lihat saya berpakaian seksi, tindik hidung sana sini serta memiliki tatu pada bahagian tubuh badan, saya belum pernah bercium dengan sesiapa pun,”ujarnya lagi.

Jannie mengatakan dia tidak pernah terguris hati apabila ramai bertanggapan negatif dengan penampilan seksinya itu.

Sumber: Thairath 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd