Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bursa Malaysia Dibuka Lemah, Sentimen Global Masih Berhati-Hati

Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan nada lemah, dipengaruhi aktiviti ambil untung sederhana di kaunter-kaunter utama selepas kenaikan baru-baru ini. Pergerakan pasaran turut dipengaruhi kebimbangan terhadap prospek ekonomi global.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.16 mata kepada 1,589.08 berbanding 1,590.24 ketika ditutup semalam, selepas dibuka lebih rendah pada paras 1,588.03.

Secara keseluruhan, pasaran mencatat 166 kaunter rugi, 145 naik dan 264 tidak berubah, dengan 123.43 juta unit saham diniagakan bernilai RM75.37 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, prestasi FBM KLCI dijangka kekal hambar hari ini, seiring kelemahan Wall Street semalam apabila pelabur beralih daripada saham teknologi utama kepada saham bernilai kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Firma itu menambah, tumpuan pasaran minggu ini adalah kepada ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell di Simposium Jackson Hole Jumaat ini, yang dijangka memberi petunjuk hala tuju dasar monetari. Buat masa ini, pasaran mengunjurkan hampir 86 peratus kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 3 sen kepada RM9.83, IHH Healthcare meningkat 2 sen kepada RM6.87, manakala Public Bank turun 1 sen kepada RM4.45. Tenaga Nasional dan CIMB masing-masing susut 2 sen kepada RM13.70 dan RM7.37.

Antara saham aktif, Vantris Energy turun setengah sen kepada 3.5 sen, Pestec dan Magma masing-masing merosot 1 sen kepada 11.5 sen dan 37 sen, manakala Tanco kekal pada 73 sen.

Bagi indeks lebih luas, FBM Emas berkurangan 9.48 mata kepada 11,802.93, FBMT 100 susut 9.93 mata kepada 11,587.72, manakala FBM ACE hampir tidak berubah pada 4,709.74.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 11.09 mata kepada 18,174.41, Indeks Perladangan naik 3.59 mata kepada 7,550.07, Indeks Tenaga susut 0.44 mata kepada 749.78 dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.12 mata kepada 159.

Sumber: BH Online (Kamarulzaidi Kamis)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd