Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

5 Pegawai Kanan ATM Disyaki Bocor Maklumat Ketenteraan Dikecualikan Daripada Operasi – Adly

Lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lepas kerana disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup telah dikecualikan daripada sebarang operasi.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata mereka kini ditempatkan di markas pentadbiran masing-masing sementara siasatan kes itu dijalankan oleh ATM bersama pihak berkuasa.

Dikecualikan daripada operasi

Dikecualikan daripada operasi

“Kita tegas dalam siasatan bagi memastikan semua pihak mendapat keadilan sewajarnya, jika didapati bersalah, tindakan undang-undang akan diambil kerana keutamaan kita ialah integriti namun sekiranya tidak, mereka akan dipulangkan kepada (bahagian) operasi,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) mengenai langkah kawalan kerosakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat ekoran pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara oleh lima pegawai ATM kepada pihak luar.

Adly berkata kementerian berkenaan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan kes itu ditangani dengan sebaiknya selain menjalankan siasatan dalaman berhubung isu kebocoran maklumat seperti yang didakwa berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Bukan Sekadar Bantuan, Tabung Pahlawan Inisiatif Kesedaran Hargai Jasa Veteran ATM

Dikecualikan daripada operasi

“Dari sudut pemulihan keyakinan rakyat, kementerian melalui ATM menekankan aspek kesedaran keselamatan dan pematuhan prosedur termasuk memperkukuh unit integriti di setiap formasi serta perkhidmatan selain mempergiat program didikan keselamatan, etika dan integriti bagi warga ATM,” katanya.

Sebelum ini, Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata sebahagian anggota ATM yang ditahan di sekitar Lembah Klang dalam operasi khas oleh SPRM pada Ogos kerana dipercayai membocorkan maklumat kepada sindiket peneludupan di perairan Selat Melaka hingga Johor, merupakan anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO).

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi....

Lokal

Hasrat sepasang suami isteri pulang selepas menunaikan solat sunat Aidiladha berakhir tragedi apabila wanita berusia 47 tahun maut, manakala suaminya parah dalam satu kemalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd