Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

BN Sabah Yakin Mampu Atasi Masalah Air, Elektrik Dan Jalan Raya Dalam Tempoh Tiga Tahun

Barisan Nasional (BN) Sabah optimis dapat menyelesaikan isu ‘tiga serangkai’ melibatkan bekalan air bersih, jaringan jalan raya dan keperluan elektrik dalam tempoh tiga tahun sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka tidak lama lagi.

BN Sabah yakin mampu atasi masalah ‘tiga serangkai*

Menurut laporan Buletin TV3, Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata keyakinan itu berpunca daripada pelan tindakan yang telah disusun secara terperinci serta strategi pelaksanaan bersama kerajaan persekutuan dan negeri bagi memastikan rakyat Sabah akhirnya menikmati kemudahan asas yang lebih baik dan menyeluruh.

“Masalah air dalam tiga tahunlah. Jalan raya dia straight forward, cuma perlu tekanan. Contohnya ini jalan Pan Borneo, kerajaan negeri perlu beri tekanan kepada kerajaan persekutuan mempercepatkan peruntukan. Elektrik pun ini dia straight forward. Yang masalah utama sekarang ni air bersih,” katanya.
BN Sabah

Foto arkib: Bernama

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat BN Sabah pertama selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Bangunan UMNO Sabah, di Kota Kinabalu, pada Isnin.

Artikel lain: Rayuan Ditolak, Bung Moktar Dan Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata, pelan bagi menangani isu kemudahan asas itu turut dimasukkan dalam penyediaan manifesto BN Sabah yang akan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat luar bandar, pembangunan modal insan serta kelestarian ekonomi negeri bagi memastikan kemajuan dapat dinikmati secara lebih seimbang di setiap daerah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada satu dua perkara yang saya boleh petiklah, iaitu kita akan mewujudkan Tabung Kemakmuran Negeri, kita akan mengutamakan masa depan rakyat negeri Sabah,” ujarnya.
BN Sabah

Foto arkib: Bernama

Tambahnya, tabung itu akan dijadikan platform strategik untuk mengurus serta menyalurkan hasil dan sumber negeri ke arah pelaburan pembangunan jangka panjang, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan penyediaan peluang pekerjaan kepada golongan belia di Sabah.

Sementara itu, dalam aspek pendidikan, Bung Moktar menegaskan BN Sabah akan terus komited memastikan anak-anak Sabah mendapat akses pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti, sebagai pelaburan jangka panjang dalam melahirkan generasi berilmu serta berkemahiran tinggi untuk memacu pembangunan negeri.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Sosial

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah. Memetikm laporan...

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd